Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita.... Hahahahaha.. .!!!!
Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak
ke atas itulah PKR..'
Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya. ..'
Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'
Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..'
Tukang Soal : 'Sebabnya... !!??'
Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!'
Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, Satu... baaaanyak-banyak! !.... Dua... sedikit sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'
Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'
Tukang Soal : 'Buktikan..! !'
Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini... Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu... Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'
Soalan 4
Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'
Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya. .???'
Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'
Tukang Soal : 'Buktikan!!'
Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman... Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'
'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'
Soalan Extra
Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... !!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'
Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO....'
Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...
Hanya untuk hiburan semata-mata..hehehe..Nnt kena ISA..:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment